Bersahabat.
Berkawan.
Satu perselisihan mengatakan bahawa lelaki lagi setia kepada sahabat mereka berbanding perempuan.
Aku pernah percaya dengan benda-benda tu dulu.
Tapi sekarang,
bagi aku persahabatan tidak harus mempertikaikan jantina manakah lebih setia kepada temannya.
Tapi satu benda yang aku amat-amat terkilan.
Menggunakan sahabat demi kepentingan diri.
Bila bersahabat,
Mesti ada satu kelompok.
Dalam kelompok itu ada 2-10 sahabat dalamnnya.
Mungkin lebih.
Tapi tu tak bermakna kesemua sahabat dalam lingkaran kelompok itu disukai.
Atau dipercayai sepenuhnya.
Tapi bersahabat kerana ikhlas.
Kerana sayang.
Kerana saling memerlukan.
"Aku tahu aku kekurangan, aku lemah dalam menangani hidupku."
"Aku tak mampu mengawal emosiku".
"Aku perlukan dorongan."
"Aku perlukan bantuan."
"Aku perlukan seseorang untuk aku luahkan isi hati."
Sahabat,
mereka tahu kekurangan dan kelebihan kita.
Dan mereka menerimanya.
Jadi adakah masih ada maksud sahabat bila kita menggunakan orang yang mempercayai kita untuk dijadikan kambing hitam?
Tak malukah kau menggunakan seseorang yang kau gelar KAWAN sebagai pelindung untuk menyelamatkan diri kau sendiri?
No comments:
Post a Comment