Tuesday, 15 January 2013

Heartfelt

Sebenarnya aku faham perasaan tu.
Walaupun situasi berbeza
Tapi I can say we're in the same boat.

Walaupun aku dicop "non-jiwang" by Siti Adilah Mohd Alias dan Sabariah binti Kese
hati perempuan mana tak tersentuh
Bila ayat macam tu tersembul dari mulut dia
Lagi-lagi kalau dia tu orang yang bermakna dalam hidup kau
Tak kira lah kau benci or sayang orang tu
Selagi dia bermakna dalam hidup kau
Apa yang dia cakap mengenai kau
Hati kau akan terusik

Itulah hakikat sebenar hati seorang perempuan
Sedegil-degil dia pun
Setabah-tabah dia pun
Hati dia senang terusik..

Aku sebenarnya letih jadi degil ni.
Susah untuk pretend kau tak peduli bilamana kau seboleh-bolehnya nak dia dalam kawasan mana kau boleh nampak dia.
Aku mungkin akan lagi tenang
Kalau aku boleh berbaik-baik semula
Macam kawan.

Tapi tu tak bermakna aku menyesal
Sebab susah nak maafkan dia
Cuma aku berharap situasi akan jadi lebih baik
Kalau aku dapat cakap berdepan
Yang aku dah tak marah
Yang aku nak lepaskan
Yang aku mahu menjadi kawan semula

Sebab sejujurnya
Aku memang letih sangat-sangat.
Maybe because when the universe wanted to see me bend and break,
I'm already broken.
Inside and out.

No comments:

Post a Comment